Sunday, February 5, 2012

Domain Krathwohl~

  • Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
  • Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
  • Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
  • Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
  • Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
 1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan
    Penerimaan
    • Keinginan dan kesanggupan menerima
      (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
    • Kesedaran
      (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
    • Perhatian terkawal
      (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)
    • Objektif am :
    • Mendengar dengan berhati-hati.
    • Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
    • Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
    • Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
    • Mengambil bahagian dalam aktiviti.
    • Hasil pelajaran spesifik :
    • Menyoal
    • Memilih
    • Menghuraikan
    • Mengikut
    • Menamakan
    • Menggunakan
    Bertindak balas
    • Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
    • Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
    • Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
    • Terdapat 3 kategori :
                   1. Persetujuaan membalas
                       (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)
                   2. Kesediaan membalas
                       (Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
                   3. Kepuasan
                       (Mencapai objektif )                          

                       - Objektif
                          1. Am
                              -Melengkapkan kerja
                              -Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
                              -Seronok membantu rakan
                              -Melakukan tugas secara sukarela.

                         2. Spesifik
                             -Dapat menulis isi pelajaran
                             -Menjawab soalan
                             -Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)
    Menilai 
    • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
    • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
    • Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
    • Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)
    • Kategori
    1. Penerimaan
      - Menerima dan melakukan arahan aktiviti.
    2. Pilihan
      - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.
    3. Penglibatan
      - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan. 
    Organisasi
    • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
    • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
    • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
    • Kategori
    1. Penenggapan
      -Mampu mencipta konsep anstrak.
    2. Organisasi
      - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem. 
    Perwatakan
    • Perubahan tingkah laku positif.
    • Kategori
      1.Set up – mengekalkan nilai-nilai
      2.Perwatakan – disiplin diri.
     

No comments:

Post a Comment