Wednesday, January 11, 2012

taksonomi bloom~

Taksonomi Bloom

  • Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
  • Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
  • Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
  • Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
  • Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)

1.Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
 
 
RAJAH 1 : Taksonomi Bloom


Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)
  • Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.
  • Contoh :
    1. Bilakah Malaysia merdeka ?
    2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
    3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
  • Objektif
    1. Umum : mengetahui
    2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)
Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)
  • Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.
  • Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.
  • Tiga aras penting :
  1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
  2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
  3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)
  • Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.
  • Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.
Aplikasi
  • Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.
  • Objektif :
  1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
  2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.
  • Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
  • Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.
Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)
  • Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
  • Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
  • Cth :
  1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
  2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
  • Objektif
  1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
  2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
    - Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
    - Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?
  • Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.
Sintesis – (lebih kepada sains, BM- karangan)
  • Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
  • Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
  • Objektif :
  1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
  2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis
  • Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.
  • Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

    Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.
Penilaian
  • Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
  • Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.
  • Objektif :
    1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
    2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.
  • Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
    Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
    : Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.
  • Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.
  • Cth :
    1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
    2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan. 
SUMBER : KLIK

No comments:

Post a Comment