Sunday, February 26, 2012

kaedah penilaian bahasa-kertas kerja

Kertas kerja  tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya
  • Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.
  • Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

    1. Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah jug                dikemukakan di dalam bahagian ini)  
    2. Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut   dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)
    3. Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, 
    4. Projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa  
    5. penilai memberi kelulusan
    6. Implikasi Kewangan – berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu      hendak      dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya
    7. Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)
    8. Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)
    9. Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan  hanya yang positif, jangan beri yang negatif.
    10. Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
    11.  Bibliografi/Rujukan
    12. Lampiran/Apendiks (Appendix)

kaedah penilaian bahasa-projek


Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989).

i. Ciri-Ciri Penilaian Projek
  • Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik)
· Menggunakan jangka panjang.
· Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
· Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.
· Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:
- membuat / menyediakan projek
- kumpulan koperatif
· Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
· Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
· Peluang menilai pelajar dalam:
- kreativiti
- kemahiran merancang
- integrasi pengetahuan
- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
· Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
· Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
· Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
· Aktiviti yang bermakna

Dengan itu penilaian projek ini dapat :
· mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
· Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
· Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik 
  mungkin.

ii. Jenis-jenis Penilaian Projek

· Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis ( main peranan).
· Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
· Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
· Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


kaedah penilaian bahasa-soal jawab

Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas. 
  • Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
-Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan. 
-Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut. 
  • Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
-Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik 
  yang guru tersebut ajarkan.
-Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses  
  pembelajaran akan diulang semula. 
-Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi
-Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh   
  guru. 

 

kaedah penilaian bahasa-kontrak pembelajaran

KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan  
  keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK


Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

kaedah penilaian bahasa-pemerhatian

 
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
 
1. Kualiti Pemerhatian

 
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya 

 
2. Bentuk perancangan

  - Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian

  - Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian

  - Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan 

 - Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

kaedah penilaian bahasa-portfolio


Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
  • Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu
     jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio
· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
   mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari
   peringkat awal hingga akhir.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian Portfolio
· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui 
   bukti-bukti lain.
· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar 
  dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. 

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.
1. Portfolio Kerja Harian
· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
· Contohnya :
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan
2. Portfolio Hasil Terbaik
· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif
· Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen
· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk 
  menyempurnakan kerja tugasan.
· Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.
Kegunaan Portfolio
  1.  Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik
  2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
  3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. 
  4.  Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
  5.  Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. 
 

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah 
    kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Bagaimana Portfolio dinilai?
· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih
  menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
Merekod Penilaian Portfolio
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan
 
 
 

Sunday, February 5, 2012

JENIS-JENIS PENILAIAN


Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajar.

Ujian kecerdasan – disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu.

Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan.

Ujian diagnostik - mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah.

Ujian kecekapan - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

Ujian bakat - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki.

Ujian personaliti - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang murid.

Ujian rujukan Norma – keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan keputusan pelajar yang lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria – maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa melibatkan perbandingan antara pelajar.

Penilaian formatif – penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan maklumat sejauhmana pembelajaran telah dikuasai.

Penilaian sumatif – dikaitkan penilaian pada akhir penggal atau semester. Memberikan nilai yang membezakan antara peringkat pencapaian pelajar. 
 
rujukan : KLIK

PEMBINAAN UJIAN (subjektif)

DEFINISI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:

  • Item jenis struktur 
  • Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei

Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei

  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad

Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan

Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif

Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

a)     Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b)    Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Merekaboleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e)    Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f)   Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g)     Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h)     Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:

a)    Nilai potensi diagnostik yang rendah
b)     Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c)      Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orang yang terlatih.
d)      Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e)     Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f)      Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
      g)  Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.


rujukan : KLIK

PEMBINAAN UJIAN (objektif)

SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:
  • Item jenis pendek
  • Item jenis padanan
  • Item jenis anekapilihan
  • Item kloz
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam – Putih ( )
Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz

Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:

1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
  • Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
  • Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
  • Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
  • Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
  • Ia tidak dapat mengukur keaslian. 



rujukan : KLIK

jadual spesifikasi ujian (JSU)

DEFINISI

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.


LANGKAH PENYEDIAAN JSU

Langkah pertama
 
  • Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
  • Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
  
Langkah dua
1.    
   
  •       Menentukan soalan yang ingin dibina. (objektif/subjektif)
  •       Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Jumlah Soalan



Langkah tiga
  • Menentukan aras kesukara
  • Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
  • Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
  •  Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
  • Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
  • Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
  •  Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
  • Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
  •  Menyatakan matapelajaran
  • Tingkatan atau kelas
  • Susunan nombor soalan mengikut tajuk.



KEPENTINGAN



  •  Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  •  Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain


rujukan : KLIK