Sunday, April 22, 2012

KAEDAH PENILAIAN MEMBACA & MENULIS

PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA & MENULIS


Penilaian Kemahiran Membaca:
Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Penilaian Membaca:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3:
1. Matlamat Persepsi.
2. Matlamat Kognitif.
3. Matlamat Afektif.

Matlamat Persepsi:
1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.
2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu
konsep perkataan.

Matlamat Kognitif:
1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.

Matlamat Afektif:
1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.
2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:


1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
2. Mengenal idea utama dan sokongan.
3. Membuat ramalan dan kesimpulan.


Mengenal pasti idea keseluruhan:


a. Mesej utama yang disampaikan penulis.

b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan mengikut kronologi.
- Pengelasan mengikut hierarki.
- Pengelasan mengikut ciri-ciri.

Mengenal idea Utama dan Keterangan:
a. Idea Utama.
-satu atau lebih idea utama.
-satu idea utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai dengan contoh-contoh.


Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.
c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.


Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.


Penilaian Kamahiran Menulis:
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.

Tujuan Penilaian Menulis:
1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam sesuatu bahasa.
2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian.
3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal, penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.

Jenis Ujian :
1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran.
2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti.
3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus.
4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam kemahiran mengarang.

Cara menguji:
1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.
2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.
3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.
Jenis Tugasan:
1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru.
2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis.
3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan.

Penulisan Ujian:
Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah.

Isi Ujian:
1. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks.
2. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat kiriman dan lain-lain.
3. Penerima /pembaca. Orang yang menerima(membaca)apa yang ditulis pelajar.
4. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis soalan.

Kepentingan Skim Permarkahan Dalam Teknik Penilaian
Menguji dan mengukur kebolehan murid menyusun fikiran dan pendapat serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan,gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan.
Dilihat dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan pengukuran, skim pemarkahan dianggap sangat penting bagi seorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa.
Skim pemarkahan karangan sesuatu bahan pemeriksaan membuktikan antara lain subkemahiran yang perlu diukur dan dinilai.

Penilaian Berdasarkan 3 aspek kebolehan dalam karangan:

1. Isi karangan
2. Penyusunan
3. Bahasa

Tujuan Skim Pemarkahan Disediakan Untuk Para Guru atau Pemeriksa.
1. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sisitem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu.
2. Mengawal ketekalan pemarkahan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan.
3. Menyenaraikan semak sub-sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran.
4. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah dan markat.

Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan:
a. Teknik Global(Holistik)
1. Pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan.
2. Merunut Heaton(1979), sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa menilai karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan itu.
3. Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata, 10 mata dan sebagainya.
4. Skema pemarkahan yang menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik.
10 Markah- cemerlang.
Daripada semua aspek prestasinya tinggi. Cemerlang dalam perbendaharaan kata, tatabahasa,gaya dan lain-lain.
9 Markah-Amat Baik. Lebih tinggi pencapaian daripada 8 .
8 Markah- Baik. Walaupun jelas.
7 Markah-Hampir Baik.
6 Markah-Sedang.
5 Markah-Boleh Diterima.
4 Markah-Lemah.
3 Markah-Terlalu Lemah.
2 Markah-Buruk
1 Markah-Tidak Berkemanpuan Langsung.
0 Markah-Tidak Ada Sambutan.

b. Teknik Perincian(Analitikal)
1. Teknik perincian ialah cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik.
2. Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan.
3. Heaton (1979) berpendapat bahawa 5 aspek yang penting yang perlu diteliti secara berasingan adalah: tatabahasa,perbendaharaan kata,kaitan isi dengan tajuk, kelancaran dan aspek mekanis.
4. Setiap aspek diberi sebanyak 5 markah.
5 Markah-Sangat Baik
4 Markah-Baik
3 Markah-Sederhana
2 Markah-Lemah
1 Markah-Sangat Lemah

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib(1993) sub kemahiran adalah seperti berikut:


1. Kemahiran struktur dan gaya.

Kemahiran ini menekankan kebolehan menulis ayat yang betul, manipulasi ayat dan menggunakan bahasa secara berkesan.
2. Kemahiran memilih isi.
Kemahiran ini menekankan kebolehan memilih isi karangan yang sesuai dengan tajuk.
3. Kemahiran perbedaharaan kata.
Kemahiran ini mencakupi kebolehan memilih , menggunakan perkataan beragam dan luas dengan tepat dan berkesan.
4. Kemahiran menyusun.
Kemahiran ini memerlukan kebolehan menyusun isi atau idea yang berkaitan secara teratur dalam turutan yang paling logic dan berkesan.
5. Kemahiran Mekanis.
Kemahiran ini mencakupi kebolehan mengeja, menggunakan tanda baca ,pemerengganan dan tulisan yang boleh dibaca.





sumber : KLIK

No comments:

Post a Comment